Saturday 9 April 2011

tetiba teringat zaman masa aku masih innocent. Iaitu zaman period tyme skola.

Kenapa tetiba teringat? Sebab aku tengah dysmenorrhea. Sape2 x tawu ape menatang ni, apa lagi...gi la tanya Google! Semua aku nak suap melampau la! (tetiba emo)






Period ngan pompuan mmg x dapat dipisahkan.

Kalu sembang pasai period, pompuan mesti nak malu2, yg laki2 pulak nak melebih, pasai diowang tawu budak2 pompuan malu. Slalu camtu.

Perkataan haid or orang tua-tua cakap period. Aku x tawu nape tapi bila nak sebut haid tu cam pelik (geli sebenarnye) sebab terlalu straightforward. Jadik, istilah lain bg period dicipta ntuk mengcover maksud asal seperti:


-Red day
-Datang bulan <--sbb dtg setiap bulan
-Bendera Jepun <--dikaitkan ngan bocor tyme period.
-ABC (Allah Bagi Cuti)  <-- dahsyat gila.
-Peod (pay- odd)
- Lampu merah


dsb


For me and budak2 pompuan skola aku, kami frust bila tyme subjek agama kat skola. Lagi2 sebab dapat ustaz yang ngajar. Ustaz sekolah aku tu pulak mmg jenis follow pale budak laki.

Aku ingat ag, tyme tu blaja "Perkara2 membatalkan puasa'

no 1. Haid


Part tu mesti ustaz suruh budak pompuan baca.                                   
Ok memang dye suruh aku baca.

Aku pun baca la perkataan tu ngan kelajuan 324 kmh sbb malu(bodo gila tyme tu). After abes baca, ustaz  fire soalan maut : Kamu tawu x haid tu apa?
 Tanya kat aku lak tu!!
Budak2 laki muka sekor-sekor tyme tu memang mintak pelempang.

"Wahai incik ustaz, saya WAJIB la tawu bnda ni dah terang tang tang saya ni pompuan!!!" jawabku lembut.




Part yang lebih x best is waktu zaman akhir sekolah rendah. Tyme ni biasanya ramai la da period. Kire cam trend la budak tanya "ko da period ke?". Macam satu virus epidemik yg merebak secara senyap2.

Zaman tu, kes2 bodoh tolol seperti buang pad dalam toilet la, tinggal pad merata2 la mmg tengah hangat dipasaran. Aku pon x paham ngan modus operandi buang2 pad nih. Adakah si pelaku ingin memukul canang yg dye da period atau ada motif tersembunyi? Usah biarkan hidup anda diselubungi mister...misteri...misteri....


The stupid thing is cikgu suruh semua budak pompuan beratur masuk toilet and tgok pad tu. Sampai sekarang aku x pasti apa signifikan suruh gi usha pad. Ntah pehapa. Nak kata bagi kesedaran, ramai je yg still steady buang pad merata2. Dan2 cikgu ugut secara halus halusan yakni menggunakan citer hantu. Typical sungguh.


Citer hantu pon tableybla : Budak tu buang pad merata rata. Then malam tgh tidoq, dye dgr bunyik owang tgh minum slurpee (sluurrp). Turn out menda tu is hantu tgh isap darah from pad budak tu. 

Tak tau nak gelak ke nak cuak.
 Dahsyat gila selera hantu tu. Smpai darah kotoq pon ang telan. Aku rasa yg makan darah period ni suma stok hantu miskin. Makan barang buang je sementara rakan2 seperjuangan yg lain makan darah fresh from tengkuk orang.

Tyme kene bratoq tgok "pameran pad tinggal' tu, sekor2 muka x rela. Kawan aku siap bukak drama air mata lagi.Yg lelaki pulak muka eksaited. Buduh.

Cikgu yg sorang tu pulak, ntah blajaq ilmu mana, siap ugut nak perah limau tahkebenda kat atas pad tu.. watdehel? Kantoi cikgu tu bekas Persatuan Bomoh Semelaysia (PBS)








Lagi yang tableybla ialah bila cakap pasal tuala wanita or orang tua-tua cakap pad. Kalau period ada banyak nama samaran, pad juga x nak kalah :

-roti
-roti gulung
-roti kering
 (dah macam menu kedai Rotiboy pon ade)


Tyme awal2 period tu, slalu la bwk pad xtra dalam beg. Kira ada backup la if tetiba period or sebarang kebocoran melanda.

Ada satu hari yang murni di mana adik laki aku nak pinjam gam. Gam aku letak skali ngan pad tu. Aku suruh la dye cari dalam poket luar beg n after a while, he came back with a gam and the pad.

"Aku nak kopok ni"

 "kepala lutut ko!" jawabku lembut.

Kopok lembut cmtu kebenda. Bingai tol adik aku.





Dulu2, budak laki biasanya x brani nak tanya pasal period pompuan directly. At least tanye ustazah/ustaz or cikgu la. Aku ingat agi satu Cikgu laki ni ckp pasal pad pompuan. Ayat dye masih segar di ingatan,
"kamu semua dah besar. Pompuan2 ni pun semua dah pakai pampers kecik,"

Tersedak budak2 pompuan yg tgh tontong air.
Pastu yg budak2 laki tanduk da kluaq. Diorang siap tambah, "Aah!!pampers brand kotex, laurier la.." 
Kan dah kantoi teman mak ko gi beli pad.Ngok btoi.
Pastu kawan aku sowg ni bisik kat semua budak pompuan, "Jangan gelak!!buat x tawu je"
Gila emo minah ni. X cool la...


Malu kami budak pompuan x berenti di situ. Masuk Form 1, keadaan menjadi lebih parah dengan rata2 budak lelaki yg semakin berani.




Aku ingat sowg member aku nama dye Hafiz(sori la Apis kalo ko baca). Dye ni mmg kejam la. Tyme agama is tyme feveret dye sbb ustaz akn suruh baca ayat qur'an. Ustaz ni pon satu. Suruh laki baca dulu pastu baru budak pompuan baca. (ni ustaz yg lain tapi sama je prangai. kenapa ngan ustaz2 sekolah aku!!!???)


Bila tyme budak pompuan baca, mata Hafiz ni meliar mencari gerakan bibir sape yg kaku. Kena pulak kawan sebelah meja aku tgh period. Dye dlm dilema nak baca ayat qur'an tu ke tak (padahal bole je baca ntuk tujuan blajaq tp kami dye bodo lg tyme tu).
Aku tengok Hafiz pandang ke arah kitorang sambil sengih2. Aku buat cool je la, Kawan aku dah cam pacat kena taboq garam.

Abes je baca, Hafiz tanya " Ko period ye Dayu?"
Dayu ni pon nak cover "Mana ada!"
"Asal tadi ko tak baca? Period la kan. Bila ko kena? Malam tadi ye?"

Korang ada rasa nak lempang muka Hafiz pakai kaki tak?


Aku mencelah " Kalau dye period pon ko susah apa?"
"Takde la. Sakit tak?" Hafiz tanya. Dayu dah kaku x keruan.

Tapi, when turn aku lak period, aku ambil langkah bijak. Demi xnak kena bahan ngan Hafiz, aku miming je ayat qur'an tu. Seyes bodoh gila tyme tu. Tapi Hafiz ni tah pakai ilmu ape tah, dye bole detect aku. Siot lu Apis!

Cakap pasal period ni, aku ingat lg tyme form 3 chapter 4. Sapa x ingat mmg x abes blaja la tu.
Tyme ni budak laki suma attendance full. Budak2 pompuan pulak start berhijrah ke meja blakang bagi memberi laluan kepada nafsu budak2 laki.
Aku x pandai. So, blaja pon kat sekolah harian campoq. Bile masuk topik Reproduction ni, dye punye azab tahan malu tu memang tahap karma la. 

X cukup tanggung malu kat kelas, kat tuisyen satu bala da tunggu. Tuisyen ngan budak skola lain, so malu dye double la.
Kawan aku ni pulak, bile budak2 laki wat lawak berkaitan reproduction organ, muke dye ketat sambil cakap, "Jangan gelak la..Buat tak tawu" Ni lagi sekor minah x cool. Tapi sumpah lawak gila. Ko taw budak laki cakap apa?
'Aku tengok male reproduction organ ni dah mcm rupa headphone pon ada'

Mana aku x gelak. Yang kawan aku lak nak emo lebih. Bukannye dye cakap pasal female punye. Aduyai.


Mamat skola lain boleh lak tanya, "Kenapa period sakit?"
Ternganga la budak pompuan nak jawab. Ko tanya budak form 3. Cuba le tanya dokter ke or mak ko yg lebih berpengalaman. Tak boleh?

Rupanya fahaman dak laki ni, kalau luka kluaq darah mesti sakit. So,
kalau period kluaq darah pon mesti sakit.

HAHAHAHAHAHAAH*gelak guling2*

Angpa ni gila ka apa dak laki oi? Klaka la. Sesungguhnye sakit period tu lapanblas kali ganda sakit luka.
Period tu sakit dalam la brader. Tak men la takat luka superficial je.

Tapi bile makin besaq, dah jadi x bape malu sgt la. Atau ayat tepat nye is dah lebih professional and matang la nak cakap pasal period.

Dulu tyme kecik2 isu period ni memang very sensitip. Tapi da besaq, agak proud la nak cakap ko period.Mane taknye. Period adalah passport ntuk makan tyme bulan pose, tinggal semayang, and kadang2 alasan xnak potong kuku/rambut(ni pon boleh sebenaqnya).







Bocor. dulu aku ingat bocor refer to pad yg berlubang or x berkualiti. *gelak jap*

Bocor is bila darah tu ada di luaq kawasan pad yg tgh dipakai dan mampu menjejaskan pakaian anda dari segi luaran. Paham x? ke sastera sgt ayat aku?

Bocor tu bile darah period lekat kat baju/sluaq la. Kan malu. Yang ni, x kira budak2 kcik sampai ke tua bangka, memang sgt3 memalukan. Sebab tu banyak gila iklan tv promote pad yg paling safe. Ada satu iklan tu siap kata, if pakai pad diowang, ko siap bole pakai sluaq kaler putih. Punye la konfiden berkesan.

Tapi da bsaq ni, amek course pon very into human stuff ni, cakap pasal period cam cakap pasal sakit perut je (ye ke?) Ayat guna pon nak glamer. Aku x solat la sbb tgh menses/ on menstrual cycle or lebih ganaz lagi -> endometrium layer is falling off la due to lack secretion of progesterone..


Bila nak sembang ngan budak laki pasal period sekarang mmg x kesa sgt sbb da ada Experia experiences so konfiden la skit nak jawab pape kan. Dulu2 laki suka tanya soalan buduh. skang sensible la sikit.

Isu period ni memang berzaman-zaman pon, pattern dye x berubah. Dari dulu sampai la mmg lagu tu ja.

Tapi zaman moden serba canggih ni, aku perati, rata2 budak pompuan period tyme derjah 3. Gila muda syioT!
No wonder kids these days grow lebih matang dari usia. Dahsyat2....

After all, period is something to be proud of kan....*tgh tahan sakit*


Sesape yg dysmenorrhea, bole la beli ubat spasmoproximol or mefthal-spasm. Ni ntuk kes severe la. Or else, tuam ngan ayaq hangat.




2 comments:

  1. tapi doctor kenapa saya tuam air panas tamau hilang sakit dia??hahaa okay2 entry ni..wat ak eringat pengalaman kat skolah2 dulu..haiyo budak laki mmg hampeh la

    ReplyDelete
  2. byk sgt faktor influencing dysmenorrhea. even climate and stress...
    btw, budak laki mmg cmtu. bab2 memalukan pompuan nomber satu.

    ReplyDelete