Friday 22 April 2011

Berita Utama

KEJAYAAN SULUNG ANAK MUDA MALAYSIA DI ARENA MASAKAN DUNIA.

berita selanjutnya >>







22 April, Jumaat-   Semangkuk Sardin telah berjaya dimasak tepat pada jam 5.25 minit petang waktu tempatan oleh seorang anak muda yang berjiwa perpaduan.

Masakan tersebut telah dirasmikan dan diluluskan oleh dua panel jemputan yang arif dalam bidang masakan yang sememangnya cukup mencabar. Hasilnya, masakan sardin tersebut diumumkan sangat menepati piawaian pihak berkenaan.

Anak muda yang telah memasak sardin tersebut ketika dihubungi menyatakan bahawa beliau tidak menyangka masakan yang sangat susah dalam dunia itu mampu disiapkannya.

"Saya berasa amat terharu kerana masakan saya menepati citarasa juri-juri khas. Saya akan terus berkecimpung dengan lebih serius lagi dalam bidang ini. Di sini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat buku resepi bergerak di Malaysia serta rakan-rakan yang selalu mengutuk dan mempersoal kebolehan masakan saya,".

Sebelum ini, beliau selalu dilapil sebagai tidak tahu memasak oleh rakan-rakan beliau yang hampir kesemuanya berpangkat chef dan sous chef. "Saya memang tidak suka memasak. Tetapi tidak bermakna saya tidak tahu memasak," jawabnya ringkas dalam sebuah majlis penyampaian Anugerah Masakan Terbaik 2011 di sini hari ini. Masakan beliau telah dinobatkan sebagai Food Of The Year dan berjaya menewaskan masakan dari pesaing-pesaing lain seperti Martha Stewart, Rachel Ray, Oliver Twist dan Chef Wan.

Wartawan kami berjaya menemu bual beliau di sebuah sidang akhbar yang diadakan bagi mempromosi buku masakan pertama beliau, 'Koleksi Masakan Sardin-Madin-bukan Mydin' yang telah berjaya mencatatkan best-selling ekoran penjualan tertinggi dalam sejarah dengan 5.3 trillion pembeli. Ketika ditanya mengenai rahsia kejayaan beliau, beliau mengulas ringkas bahawa sardin bukanlah masakan yang mudah untuk dimasak berbanding laksa ataupun spaghetti. Namun, berbekalkan kesungguhan setinggi banjaran Himalaya serta berkat tontonan filem Ratatoille, beliau berjaya menyiapkan masakan tersebut.



 "Harapan saya agar dapat memasak lebih banyak makanan untuk rakan-rakan saya. Selama ini, saya hanya mencuba sahaja, tak sangka jadi sehebat begini. Mungkin lepas ini, saya akan mula masak untuk rakan-rakan," ujar beliau semasa menghadiri majlis bebuka puasa bersama Perdana Menteri Perancis, Nicholas Sarkozy dan isteri, Carla Bruni di Paris.



Sebelum ini, beliau sering dikenengkan dengan pelakon Jepun, Kenji Sakaguchi yang membintangi filem Team Medical Dragon. Ketika ditanya tentang hubungan mereka, beliau akhirnya mengaku yang mereka sudah lama rapat. Pasangan ini sangat komited dan serius dalam perhubungan mereka. Tidak ubah bagai pinang dibelah dua.


Saksikan kemunculan pertama beliau dalam Edisi Khas Asian Food Channel (AFC) di Astro esok. Edisi Khas tersebut merupakan gandingan julung-julung kalinya anak muda tersebut bersama Jaafar Onn serta Dr Rozmey.







ok dah. perut da kenyang. malas nak merepek. esok exam. bye.

2 comments:

  1. saya selaku juri dalam ppertandingan memasak anda,amat bangga dengan pencapaian anda..ia mmang mmenuhi citarasa..alhamdulillah :)

    namun saya khuatir bhwa gosip anda dgn encik sakaguchi itu benar,kerana sebelum ini saya ade melihat dia keluar dgn perempuan lain..

    ReplyDelete
  2. terima kaseh atas komen ikhlas cik fas. pompuan tu sebenarnye saye..tgh menyamar sbb byk paparazzi...

    ReplyDelete