Saturday 14 May 2011

Cerita Mosi Yang Tak Berkesudahan

 14 Mei.
Genap 7 hari 8 malam aku tahan marah kat mosi toilet. Hari ni nak settle one-on-one. 




Siap ar ko mosi. Pagi tadi aku da kontek geng2 nk kasik 'jentik' mosi ni.
Tunggu punye tunggu, mosi x timbul2. Geng2 aku bengang and trus blah lepak mapley. 


Petang skit, nampak kelibat mosi. Aku terus kluarkan senjata rahsia : asid 
Aku pakai jaket hitam and muffler cover half muka. Aku jalan perlahan-lahan menghampiri mosi. Terik mentari kian membara siiring dengan rancakan peluh yang terbit dari  kulit. 

Mosi sedang leka membancuh sabun tengkik. Aku majukan lagi langkahku. Aku cuba bertahan. Aku tahan. Tahan. 

Argghh..x tahan.panas sgt!!!!! Lantas aku bukak muffler and jacket. Mosi tadi terkejut sambil beristighfar panjang. 


Ok. Abaikan citer di atas. 

Mosi ni makin menjadik2 la. Hari ni aku nak ajaq ang skit cara2 cuci toilet yg hakiki. Memang mula2 ingat nak rimbok pala dye tapi hari ni aku mood baik. Plus, aku x rasa kalau hukum dye secara fizikal akn membuatkan toilet aku bersih.

Owang kata api jangan lawan ngan api. 

So pukul 7.30 pg aku keluar membanting tulang empat kerat ni sental lantai bathroom, sinki and manguk toilet. Sental ye adik2. Pakai tangan. Ngan Sponge. Ngan Easy Off Bang. Ngan glove skali la. 

Dalam sekelip mata sahaja, toilet saya menjadi bersih bersinar. Saya yakin dengan Easy Off Bang!

Cukup tyme, mosi ketuk pintu. Hati aku dah berbunga kemboja dah nak tengok reaction beliau. 

Mosi masuk. Bagi buku ntuk aku sign. Masuk toilet. Punggah baju kotoq dalam baldi. And jirus air.

Aku x percaya dia langsung x nampak perubahan positif toilet aku. Tak nampak ke toilet tu lagi suci compared to before?
So kat sini aku boleh buat conclusion, mosi ni ada medical problem dari segi mata, CNS or psychological. 

Hasil titik peluh masin ni masih lagi x dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan kat mosi ni. Apa yang aku should buat lagi? Hantar mosi gi ESQ Leadership Training bole?





By the way, not that korang care, tapi aku baru balik from jumpe Dr Vijay. Hari ni da pasang braces bawah. 
Dokter cakap mesti makan menda lembut jer. Tak boleh bite menda2 keras. Nak makan roti mesti cubit dulu baru suap. Pendek kata, amalkan gaya pemakanan orang-orang tua.

Kaler braces terkini : hijau laut. Kaler ni buat aku rasa gedik. 

Euww..mencik!!!



1 comment: