Saturday, 16 April 2011

Edisi Khas: Terjah India

Macam biasak la...aku nak mukadimah n3 ngan sebuah cite yg x best.

Iklan kat radio feveret aku, XFM :  
" Besar nanti aku nak blaja pandai2 and  keje kat lua negara. Aku xnak la dok kat Msia nih. Msia nih panas. Nak pakai jacket kulit pon susah....

 Owh..bile susah, balik Msia. Bile ade masalah, mintak tolong owang Msia jugak.
Best ke x best hidup kite ni bukan ditentukan dengan kat mana kita tinggal. Tapi bagaimana cara kita menghayati dan menjalani hidup kita. Aku amalkan konsep kesetiaan kepada raja dan negara.

Mesej yg gila cool ni dibawakan khas oleh XFM Prihatin"





 Somehow aku x rasa mesej ni apply kat aku.

Apa definition luar negara? 

                                                         ***cerita habis***





 India.
Honest la, ape bende first yg cross ur mind when you read that?



Before datang sini,what the word INDIA meant to me, are these:

                        
Lembu atas jalan raya
auto pakai transmission manual
Minachi ngan sari yg meriah 
Polis-cota-rasuah- owang merusuh
ni atok sapa? ngaku cepat.....



 Bila sampai sini, well,.....NOT MUCH DIFFERENT pon ngan gmbaq2 tu....


Kalau korang rasa tempat aku terdampar kat bumi India ni cam dalam citer Shah Rukh Khan berlakon, korang memang salah. Sini just macam dlm filem2 Rajinikanth je...T.T  

 Sebab aku bukan kat Delhi atau Mumbai. Aku dok tempat yg lebih modern, canggih dan berteknologi tinggi. Bukti betapa modennye tempat aku dok skang nih is T.I.A.D.A. mekdi, kfc or pizza hut. *nangis jap*
 
 Kire nye aku rase tempat aku ni sejibik macam yg aku usha kat tv la. Sesape nak ade little preview kat Belgaum, India, sila tune tv2 kul 2.30 petang setiap sabtu. Ade slot drama Tamil.
 

Hidup Rajinijkanth!!!(tetiba)


 Boleh dikatakan latar tempat citer tamil  80% sama la ngan kat sini dari segi geografi (tanah merah), fauna (lembu yg everywhere) dan sosial. Hi way kat sini tak dak. Tapi ikut rough observation aku, hi way paling up in India is cam hi way gi Sg Buloh. Kalau nak cari Max hi way kat sini ko tunggu aku jadik PM India. 

Baki 20% tu kira x campur ngan bau yg 'semerbak' kat sini ngan bunyik horn yg bersahut-sahutan. 








Tak. Citer tamil tu  bukan aku yg tengok. Bukan. Bukan aku. 

Tuesday, 12 April 2011

Hello,

Being nice to someone you dislike,
Doesn't mean you are fake.

It means you are mature enough
To tolerate your attitude towards them.

Ceritera chess

Malam tadi, di kala semua budak2 tgh stadi, aku dan XYZ ngan PQR main game. Permainan dalaman. Chess. Dan Ludo serta Chinese Checkers.


Of koz chess ni suma owang tawu, tapi ramai tak suka main. Bagi aku, chess ni best kalau kita main ngan orang yg x pandai main. Hmm...semua game best kalau main ngan rookie kan...hahaha

Al kisah aku main chess. Tengah syiok pikir strategi, aku perasan, opponent aku (XYZ) cm hilang pertimbangan. Pastu dok zikir ayat ni: "Eh..tak tawu la nak jalan ape.."

Aku bajet dye nak end game. Sebab otak dah tepu stadi kot. X leh nak pikir strategi.



 ....cerita habis....







Korang yg ada chess mesti pernah dengar rumours kene patahkan kepala king sbb bentuk cam + kan?
X de ke?
Sebab sejak azali lagi, kawan2 aku cakap mesti patahkan. Until recently (5 years ago) aku beli chess kaca. Memang never la nk pecahkan kepala king tu.


sila pancung kepala dia.




yg ni sorry la...nak jentik pon aku x sanggup









Bila mak aku sedekahkan chess plastik kat kami pat beradik, aku sorang je yg eksaited. Slalu jadik mangsa main ngan aku is kakak aku. Walaupun berjuta kali aku ditipu, aku on je bile nak main ngan dye. Sebab eventually aku yg menang gak!! HAHAHAHA*gelak jahat*(sori jika kakanda terbaca)


Last2 siblings aku suma sepakat x nak main chess ngan aku sebab terlampau hebat so aku dipulaukan. (exaggerate skit)




So riwayat chess tu before sampai kat tong sampah is --> jadi bahan untuk main masak-masak

Chess tu dibuang sewenang-wenang nye sebab mak aku mula risau ngan perubahan mendadak aku ke arah psycho. Kenapa psycho? Korang baca and evaluate sendirik.






Pabila buah chess jadik barang masakan:













Yang cam kuda ni atau orang tua-tua panggil knight aku jadikan bahan utama masakan.................






Kuda Goreng Kicap Ala Thai
 
ni la bahan masakan signature aku.





















Next is yg cam siput ni atau orang kampung cakap bishop. yang ni bahan untuk masakan.............



Sambal Siput Sedut

 
ni masakan paling laku aku. Nama glamer nyer 3S

































Pastu yg cam belah pat segi kat atas ni atau nama saintifiknye is castle/rook jadik...........



Sup Cendawan Berlada
sape suroh kepala kau terbelah cam gaya org potong cendawan butang...














Last but not least, masakan basic aku menggunakan askar2 a.k.a pawns iaitu.....................



Sayur Campur
beraneka warna dan pilihan. No wonder customer suka tapaw.
.

Ya. aku mengaku aku memang bodoh. Tyme kecik2 suma bodoh lagi.









Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi gaya masakan aku dari tahun ke tahun.



Tolong jangan salahkan aku bila aku x berminat dalam bidang masakan.



Saturday, 9 April 2011

tetiba teringat zaman masa aku masih innocent. Iaitu zaman period tyme skola.

Kenapa tetiba teringat? Sebab aku tengah dysmenorrhea. Sape2 x tawu ape menatang ni, apa lagi...gi la tanya Google! Semua aku nak suap melampau la! (tetiba emo)






Period ngan pompuan mmg x dapat dipisahkan.

Kalu sembang pasai period, pompuan mesti nak malu2, yg laki2 pulak nak melebih, pasai diowang tawu budak2 pompuan malu. Slalu camtu.

Perkataan haid or orang tua-tua cakap period. Aku x tawu nape tapi bila nak sebut haid tu cam pelik (geli sebenarnye) sebab terlalu straightforward. Jadik, istilah lain bg period dicipta ntuk mengcover maksud asal seperti:


-Red day
-Datang bulan <--sbb dtg setiap bulan
-Bendera Jepun <--dikaitkan ngan bocor tyme period.
-ABC (Allah Bagi Cuti)  <-- dahsyat gila.
-Peod (pay- odd)
- Lampu merah


dsb


For me and budak2 pompuan skola aku, kami frust bila tyme subjek agama kat skola. Lagi2 sebab dapat ustaz yang ngajar. Ustaz sekolah aku tu pulak mmg jenis follow pale budak laki.

Aku ingat ag, tyme tu blaja "Perkara2 membatalkan puasa'

no 1. Haid


Part tu mesti ustaz suruh budak pompuan baca.                                   
Ok memang dye suruh aku baca.

Aku pun baca la perkataan tu ngan kelajuan 324 kmh sbb malu(bodo gila tyme tu). After abes baca, ustaz  fire soalan maut : Kamu tawu x haid tu apa?
 Tanya kat aku lak tu!!
Budak2 laki muka sekor-sekor tyme tu memang mintak pelempang.

"Wahai incik ustaz, saya WAJIB la tawu bnda ni dah terang tang tang saya ni pompuan!!!" jawabku lembut.




Part yang lebih x best is waktu zaman akhir sekolah rendah. Tyme ni biasanya ramai la da period. Kire cam trend la budak tanya "ko da period ke?". Macam satu virus epidemik yg merebak secara senyap2.

Zaman tu, kes2 bodoh tolol seperti buang pad dalam toilet la, tinggal pad merata2 la mmg tengah hangat dipasaran. Aku pon x paham ngan modus operandi buang2 pad nih. Adakah si pelaku ingin memukul canang yg dye da period atau ada motif tersembunyi? Usah biarkan hidup anda diselubungi mister...misteri...misteri....


The stupid thing is cikgu suruh semua budak pompuan beratur masuk toilet and tgok pad tu. Sampai sekarang aku x pasti apa signifikan suruh gi usha pad. Ntah pehapa. Nak kata bagi kesedaran, ramai je yg still steady buang pad merata2. Dan2 cikgu ugut secara halus halusan yakni menggunakan citer hantu. Typical sungguh.


Citer hantu pon tableybla : Budak tu buang pad merata rata. Then malam tgh tidoq, dye dgr bunyik owang tgh minum slurpee (sluurrp). Turn out menda tu is hantu tgh isap darah from pad budak tu. 

Tak tau nak gelak ke nak cuak.
 Dahsyat gila selera hantu tu. Smpai darah kotoq pon ang telan. Aku rasa yg makan darah period ni suma stok hantu miskin. Makan barang buang je sementara rakan2 seperjuangan yg lain makan darah fresh from tengkuk orang.

Tyme kene bratoq tgok "pameran pad tinggal' tu, sekor2 muka x rela. Kawan aku siap bukak drama air mata lagi.Yg lelaki pulak muka eksaited. Buduh.

Cikgu yg sorang tu pulak, ntah blajaq ilmu mana, siap ugut nak perah limau tahkebenda kat atas pad tu.. watdehel? Kantoi cikgu tu bekas Persatuan Bomoh Semelaysia (PBS)








Lagi yang tableybla ialah bila cakap pasal tuala wanita or orang tua-tua cakap pad. Kalau period ada banyak nama samaran, pad juga x nak kalah :

-roti
-roti gulung
-roti kering
 (dah macam menu kedai Rotiboy pon ade)


Tyme awal2 period tu, slalu la bwk pad xtra dalam beg. Kira ada backup la if tetiba period or sebarang kebocoran melanda.

Ada satu hari yang murni di mana adik laki aku nak pinjam gam. Gam aku letak skali ngan pad tu. Aku suruh la dye cari dalam poket luar beg n after a while, he came back with a gam and the pad.

"Aku nak kopok ni"

 "kepala lutut ko!" jawabku lembut.

Kopok lembut cmtu kebenda. Bingai tol adik aku.





Dulu2, budak laki biasanya x brani nak tanya pasal period pompuan directly. At least tanye ustazah/ustaz or cikgu la. Aku ingat agi satu Cikgu laki ni ckp pasal pad pompuan. Ayat dye masih segar di ingatan,
"kamu semua dah besar. Pompuan2 ni pun semua dah pakai pampers kecik,"

Tersedak budak2 pompuan yg tgh tontong air.
Pastu yg budak2 laki tanduk da kluaq. Diorang siap tambah, "Aah!!pampers brand kotex, laurier la.." 
Kan dah kantoi teman mak ko gi beli pad.Ngok btoi.
Pastu kawan aku sowg ni bisik kat semua budak pompuan, "Jangan gelak!!buat x tawu je"
Gila emo minah ni. X cool la...


Malu kami budak pompuan x berenti di situ. Masuk Form 1, keadaan menjadi lebih parah dengan rata2 budak lelaki yg semakin berani.




Aku ingat sowg member aku nama dye Hafiz(sori la Apis kalo ko baca). Dye ni mmg kejam la. Tyme agama is tyme feveret dye sbb ustaz akn suruh baca ayat qur'an. Ustaz ni pon satu. Suruh laki baca dulu pastu baru budak pompuan baca. (ni ustaz yg lain tapi sama je prangai. kenapa ngan ustaz2 sekolah aku!!!???)


Bila tyme budak pompuan baca, mata Hafiz ni meliar mencari gerakan bibir sape yg kaku. Kena pulak kawan sebelah meja aku tgh period. Dye dlm dilema nak baca ayat qur'an tu ke tak (padahal bole je baca ntuk tujuan blajaq tp kami dye bodo lg tyme tu).
Aku tengok Hafiz pandang ke arah kitorang sambil sengih2. Aku buat cool je la, Kawan aku dah cam pacat kena taboq garam.

Abes je baca, Hafiz tanya " Ko period ye Dayu?"
Dayu ni pon nak cover "Mana ada!"
"Asal tadi ko tak baca? Period la kan. Bila ko kena? Malam tadi ye?"

Korang ada rasa nak lempang muka Hafiz pakai kaki tak?


Aku mencelah " Kalau dye period pon ko susah apa?"
"Takde la. Sakit tak?" Hafiz tanya. Dayu dah kaku x keruan.

Tapi, when turn aku lak period, aku ambil langkah bijak. Demi xnak kena bahan ngan Hafiz, aku miming je ayat qur'an tu. Seyes bodoh gila tyme tu. Tapi Hafiz ni tah pakai ilmu ape tah, dye bole detect aku. Siot lu Apis!

Cakap pasal period ni, aku ingat lg tyme form 3 chapter 4. Sapa x ingat mmg x abes blaja la tu.
Tyme ni budak laki suma attendance full. Budak2 pompuan pulak start berhijrah ke meja blakang bagi memberi laluan kepada nafsu budak2 laki.
Aku x pandai. So, blaja pon kat sekolah harian campoq. Bile masuk topik Reproduction ni, dye punye azab tahan malu tu memang tahap karma la. 

X cukup tanggung malu kat kelas, kat tuisyen satu bala da tunggu. Tuisyen ngan budak skola lain, so malu dye double la.
Kawan aku ni pulak, bile budak2 laki wat lawak berkaitan reproduction organ, muke dye ketat sambil cakap, "Jangan gelak la..Buat tak tawu" Ni lagi sekor minah x cool. Tapi sumpah lawak gila. Ko taw budak laki cakap apa?
'Aku tengok male reproduction organ ni dah mcm rupa headphone pon ada'

Mana aku x gelak. Yang kawan aku lak nak emo lebih. Bukannye dye cakap pasal female punye. Aduyai.


Mamat skola lain boleh lak tanya, "Kenapa period sakit?"
Ternganga la budak pompuan nak jawab. Ko tanya budak form 3. Cuba le tanya dokter ke or mak ko yg lebih berpengalaman. Tak boleh?

Rupanya fahaman dak laki ni, kalau luka kluaq darah mesti sakit. So,
kalau period kluaq darah pon mesti sakit.

HAHAHAHAHAHAAH*gelak guling2*

Angpa ni gila ka apa dak laki oi? Klaka la. Sesungguhnye sakit period tu lapanblas kali ganda sakit luka.
Period tu sakit dalam la brader. Tak men la takat luka superficial je.

Tapi bile makin besaq, dah jadi x bape malu sgt la. Atau ayat tepat nye is dah lebih professional and matang la nak cakap pasal period.

Dulu tyme kecik2 isu period ni memang very sensitip. Tapi da besaq, agak proud la nak cakap ko period.Mane taknye. Period adalah passport ntuk makan tyme bulan pose, tinggal semayang, and kadang2 alasan xnak potong kuku/rambut(ni pon boleh sebenaqnya).







Bocor. dulu aku ingat bocor refer to pad yg berlubang or x berkualiti. *gelak jap*

Bocor is bila darah tu ada di luaq kawasan pad yg tgh dipakai dan mampu menjejaskan pakaian anda dari segi luaran. Paham x? ke sastera sgt ayat aku?

Bocor tu bile darah period lekat kat baju/sluaq la. Kan malu. Yang ni, x kira budak2 kcik sampai ke tua bangka, memang sgt3 memalukan. Sebab tu banyak gila iklan tv promote pad yg paling safe. Ada satu iklan tu siap kata, if pakai pad diowang, ko siap bole pakai sluaq kaler putih. Punye la konfiden berkesan.

Tapi da bsaq ni, amek course pon very into human stuff ni, cakap pasal period cam cakap pasal sakit perut je (ye ke?) Ayat guna pon nak glamer. Aku x solat la sbb tgh menses/ on menstrual cycle or lebih ganaz lagi -> endometrium layer is falling off la due to lack secretion of progesterone..


Bila nak sembang ngan budak laki pasal period sekarang mmg x kesa sgt sbb da ada Experia experiences so konfiden la skit nak jawab pape kan. Dulu2 laki suka tanya soalan buduh. skang sensible la sikit.

Isu period ni memang berzaman-zaman pon, pattern dye x berubah. Dari dulu sampai la mmg lagu tu ja.

Tapi zaman moden serba canggih ni, aku perati, rata2 budak pompuan period tyme derjah 3. Gila muda syioT!
No wonder kids these days grow lebih matang dari usia. Dahsyat2....

After all, period is something to be proud of kan....*tgh tahan sakit*


Sesape yg dysmenorrhea, bole la beli ubat spasmoproximol or mefthal-spasm. Ni ntuk kes severe la. Or else, tuam ngan ayaq hangat.




Thursday, 7 April 2011

Emosi Mosi

N3 hari ni adalah n3 tunjuk luah perasaan.






For those yg tak tawu, 'mosi' ialah cleaner. Diorang akan datang kat bilik korang EVERYDAY xcept cuti am.
They will come in pair : sorang clean bilik, sorang lagi clean toilet n area pantry.
Walaupun service ni bunyiknye cambest je, kekadang mampu menaikkan darah aku gak.
Lagi2 ngan mosi toilet tu. Pasai pa? Sebab dye banyak gila rekod hitam ngan aku.





Mosi bilik tu sumpah la aku cakap. Best gila weyh hasil kerja beliau. Even Laila dari floor lain pun hire dye cleankan bilik.Aku memang cukup puas aty ngan beliau.



ni la mosi yg best tu. ada sesapa berminat?



Sebaliknya, mosi toilet ni pulak cam nak tak nak je buat keja. aku rase dye simbah air je and boh sabun lantai yang bau cam tengkik. Sinki, toilet bowl suma mana ada sentuh. Pastu bole demand lak tu. Cuci takmo pakai timba, nak baldi jugak. Terpaksa punggah baju2 kotoq from baldi sebab dye.


Oleh sebab sabun dye bau x best, aku pon beli la sabun lantai sendirik. Mosi ni, dapat je green light nak guna sabun aku, dye balun kaw2 punye la. Tapi aku still x impress pon. Mosi toilet 3rd floor lagi best. 



Punye la si Mosi ni lenjan sabun aku, x sampai sebulan je da abes. Ikut konsep fizik, bnde yang ringan memang x stabil, so happen that the empty soap bottle jatuh.
Tapi dye x angkat pon. Seyes weyh. Aku saje la nak try test brapa lama sebelum dye ade kesedaran sivik nak angkat botoi kosong yg bergelimpang bawah sinki tu. 

                                                                  Memang xde!!! 

1 week aku biaq, dye wat donno je. Common sense la, makcik. Bende da kosong, jatuh lak tu. Lu x reti nak angkat ke der?

Akibat tekanan yang melampau, aku serender la. Kutip botol kosong tu and buang.





Tak cukup di situ, mosi ni buat hal lagi. Memang saje nak test aku kan...





Dye telah berjaya memecahkan kod rahsia penutup facial cream aku ngan aku punya bekas porcelain yg corak ala-ala Vintage (ok. aku sengaja samakan bnde tu ngan Vintage,biaq nampak mahai skit). tercabut clasp bekas tu.





clasp bekas ala-ala Vintage yg tercabut... :(


Berterabur brooches aku and SIM kad Celcom (ye. memang aku simpan SIM kad dlm bekas brooch). 

Dah bersepai tu dye kutip2 and letak camtu je tepi sink. Pastu blah camtu je. Sorry ke ape ke memang harapan la.



Facial cream aku kini bertukar jadik facial stone sebab da keras gara2 penutup pecah. Sekarang muka aku naik pimple. Saham dah jatuh. Masa depan kabur. Hidup aku punah! Semua sebab mosi!!! (ok.terover di situ)






pecah dua beb. mana x beku krim 2?





Pastu dye amek langkah selamat --> esoknye x ketuk bilik aku....cuak ar tu..

Bile ngadap aku, buat muka x bersalah. Aku karate kang.







dua harta benda aku yg masih dlm keadaan trauma ekoran peristiwa 'Amukan Mosi Toilet'






Kesimpulannya, mosi ni makan gaji buta je. Nak kata tua tu takde la ganyut lagi. Mosi2 lain baya dye buat keje elok ja.

Kepada anak mosi berkenaan, mak anda dah tukaq keja. Bila nak isi apa2 borang,sila  tulis camni:


PEKERJAAN IBU : Makan Gaji Buta


Ok. Statement di atas sangat kejam.






*korang mesti wonder nape aku x fire mosi tu kan?(x wonder ke?xpe..aku nak bitaw gak)

Sebab satu hari tu, aku balik from klaz and dgaq bunyik bising2 kat floor aku.
Rupenye jiran bilik sebelah (tempe) ni tengah marah mosi tu. Aku x faham la tapi berdasarkan ilmu hasil tontonan filem Hindustan, maybe dye marah mosi tu sebab suka ketuk x kena tyme (yg ni pon ada dlm rekod aku).
Aku tengok muka mosi tu cam frust (tapi still bole lawan balik budak tu)

So, bila pikiaq balik, if aku pon sama fire makcik ni, kang x memasal kluaq muka depan The Times of India  

"A Stressed Cleaner Jumped From 5th Floor After Being Scold by a Malaysian"

X pasal2 aku glamer kang.




Daripada aku mencontiang arang kat nama negara and menambah ketensenan mosi ni, aku memilih ntuk wat tak tawu je.
Xpe mosi.          
                                               Ada ubi ada batas,
                                Ada hari kau akan kena libas. 



kepada mosi bkenaan, saya mmg xdak niat nak ngutuk anda. tapi tolong la tingkatkan prestasi keja demi kemakmuran kita bersama. sorry ye mosi.


Wednesday, 6 April 2011

ayat tema pelajar separa skema.

Korang nak taw x apa faktor luar kenapa malas nak stadi ni wujud dalam kalangan pelajar? Mengikut leading researcher a.k.a aku, faktor2 utamanya ialah:

1.Sebab ada lappy best
Ramai pelajar jeopardise penggunaan lappy. Kate nak beli semata2 ntuk stadi tapi tipu la kalu x bkak ke lain an...
Kadang2 mereka2 ni tersasar di jalanmu sesat di alam maya n memang susah nak pulang ke pangkal jalan.
For me, bkak lappy mesti nak main game bunuh-bunuh baca lecture notes. Namun apakandaya, nafsu nak bkak fb bergelodak lantas gigih mencarik icon Google chrome. Bayangkanla tuan2 n puan2, bukak fb pas2 notifications ada 10. Tak ke berbunga aty ko..

2.Sebab ada external yang best
 Bukan best dari segi brand or what, tapi dari segi content.
Hampir 70% capacity hardisk aku content dye sgt3 menarik melalaikan. Sinonim ngan hidop sbg plajaq, mesti nak kumpol muvi. Da la connection tenet tahap train Shinkansen...maka giat la process nk download muvi2 nih..
Dah habes download xkan la nak simpan je an. Mesti nak bitaw kawan pastu tengok ramai2. Ngan kawan2 ko skali tersasar niat nak stadi.
Tapi for the sake of nak sedapkan aty masing2, tgok muvi pon cter medik2 cm House la, Team Medical Dragon (Asada encem btw) dsb. Kiranya blajaq smbil berhibur la.
Tengkorak ko! Yang buku Netter, Guyton tebal2 namblas inchi tu beli watpa?

3.Sebab ada makanan best
Sape x tergoda beb. Tambah2 kalau parcel drpd klorga terchenta bru sampai and mengandungi barang2 precious seperti mi sedaap, bihun pama, serunding ayam, milo, oligo coco dsb.
Nescaya x tenang nak stadi sbb stomach ko meronta2 nak makanan Msia yg dah lama dirindui.
So, ko stadi la lama mana pon, if pale dok pikiaq kabinet dapoq mmg x msuk la. Las2 ape yg masok?
Semangkuk mi sedaap bersama secawan milo.

4.Sebab kedudukan bilik yang best
Bilik yg ada feng shui baik ni mmg payah. Nak2 yg ngadap tumbuhan hijau permai. Angin lak sepoi2. Bilik sejuk je. Katil lak sentiasa dalam mode 'menerima'.

Sebaliknya, meja stadi tunggang langgang. Nota buku hapa suma bersepah. Hanger pon bole ade kt celah buku ape cite?

Pastu bila tengok dapoq, kembali kemas semula. Kettle, cooker, barang2 masak suma dalam keadaan rapi dan mudah dicapai.
Kalau yg kemas tu dapoq ngan katil je apa maksudnya??? Nampak sgt ko ni bukan da kategeri malas. Muhasabah la diri nape ko nak sambung blaja.

Ok memang semua sbb2 di atas bole relate ngan aku (xcept las skali sbb xde dapor) even tho kata ganti diri yg digunakan ialah 'ko'.

Tapi student ni kalau dah malas tu beribu lg alasan diowang bole bagi. Bile tyme spirit stadi dye kluaq (usually tyme dekat exam) kawan2 kiri kanan pon ketaq n kecut perut tgok dye stadi.

Orang rajin mencari jalan. Orang malas pon cari jalan jugak tapi jalan yg different ngan orang rajin.


















Monday, 4 April 2011

Bahagia dan mulia.

kalau nak taw, title ni merupakan description ntuk hari ini.

 Hari bahagia + Hari mulia = Birthday ak.

hehehe..eksaited ak hari ni besday ak...bile tulis tarikh hari ni kan, rse cm wah........


4th APRIL. cam sweet je. cam ade chemistry. cam best je bila baca. hari ni rasa cam cekelat. Ok, merepek ye.


as expected, lots n lots n lots of wall posts. Thanx to all.
Hadiah pon dapat la barang sebijik dua. Pown best gak. Dapat barang dapoq lagi kau! (diorang ni cm perli ja.tau la ak x masak kt cni)

   ni consider brg dapor sbb letak kt dapor.

Dapat kad besday woh....siap ngan sticker perutusan dr Msia melalui owang yg bg kad 2. So far, ak terharu~~

    sila abaikan 'cotton candy' tu..




     ni perutusan dak Msia (kenapa Mumbai?)..kalu flip ni bole la baca. tapi ak
 x flip kan so korg TAKYAH baca!




Dapat messages too. And very dearie one pon ada. 

Phone calls lg.  
 [ ibunda  telah sms instead of call atas alasan mahal..T.T  kenapa mak???kenapa!!!!! ni anak mak ni!!!!]




And..
The best present of all is....drumroll plz...



















































              TAAA DAAAA...








cekelat n roses. Lihatlah bagaimana cahaya nur kasih mengiringi hadiah ni.


Sumpah ak ckp. ayaq mata sikit lagi nk meleleh. aku gagahkan gak tahan. Ak pon dok pikiaq sapa lak anta adiah habes sweet ni kat aku....


Bile kite kaji balik hal ni, ada beberapa aspek nak ditekankan:
              1.hadiah yg sgt sweet 
              2.hadiah smpai timing baek punya iaitu rite on my besday




                hmm....this is so macam MOTHER saye punye style je...


Soal siasat yg dijalankan sebentar tadi ke atas suspek membuktikan mmg ibunda yg antaq.

Tell me readers. kat mana nak cari mak yg SUWEET MUWEET like mine??mmg x dpt la. muahahaha




Mother, i forgive u for texting me rather than calling. Love u...
("forgive??owg x mintak mahap pon nak forgive kebenda??"kata mother)








ye. Hadiah saye TAK BANYAk. da bsaq2 kalu kalut dok teriaq nak2 adiah  mmg layak dapat sehelai penampa...




Best la hari ni. But I think all the credits go to my ibunda  la. Sbb beliau telah lahirkan saye on this wondeful day. Without her, i may never get wishes n presents. Thanx mother...*isk*isk* terharu~~~

As how empty this day is, so is my stomach. Lapa gilak weyh. Pastu gi la beli food kat cafe. sepanjang perjalanan beli food, almost tiada makhluk lain kat kampus ni. Hatta anjing itam putih yg mereng tu pon x kelihatan. Very peculiar.


Oh!! Lupa lak. Hari ni beta telah mengisytiharkan cuti sempena hari keputeraan beta yang ke**. Patutla senyap je.





Ok fine. Memang aku tipu. 

Hari ni Holiday for Ugadi a.k.a. Indian new year. 



So, special ke x special besday ak? Bia aku jawabkan: MEMANG THE VERY SPECIAL ye. 
i mean, that is what birthday is. A special day.



Offer hadiah memang belambak. Almost half tanye NAK APE? the rest suruh balik Msia CLAIM SENDIRI. 
seperti yg dinyatakan, itu hanyalah OFFER. 
kalu angpa carik balik mereka2 yg bg harapan palsu offer adiah ni, potensi diowg lupa adelah sgt tinggi. Lagi2 yg soh gi claim tyme balik Msia. Silap2 kena bawak kluaq lappy segala tunjuk balik wallpost depa or print page posts tu. tapi tu mmg stok btoi2 punye kempunan nak adiah an...guwa x men la kejaq2 owg mintak barang sebab guwa bukan AhLong.



Overall, today is super great la. Hari ni the sky is so blue, the wind is warm. There's nothing more I'd rather wish for. 

So conclusyen nyer. Hari ni sangat3 empty tapi best. Best sangat. Camne nak cakap ea?...Camni:
My face hurts from smiling to myself today.  

Got it? : )